Thursday, 21 March 2013
Hakikatnya kita hamba...
إِنَّ الْحَمْدَ لِلَّهِ نَحْمَدُهُ وَنَسْتَعِيْنُهُ وَنَسْتَغْفِرُهْ وَنَعُوذُ بِاللهِ مِنْ شُرُوْرِ أَنْفُسِنَا وَمِنْ سَيِّئَاتِ
أَعْمَالِنَا، مَنْ يَهْدِهِ اللهُ فَلاَ مُضِلَّ لَهُ وَمَنْ يُضْلِلْ فَلاَ هَادِيَ لَهُ. أَشْهَدُ أَنَّ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله
وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ. أَمَّا بَعْدُ
Assalamualaikum wbt,
Alhamdulillah diberi izin olehNya untuk meluahkan sedikit
pandangan untuk dikongsikan bersama.Diberi diri ini peluang untuk menoleh kearah yg dekat kepadaNya.Diberi nikmat yang secukupnya setelah hampir sekian lama lalai akan kewajiban ku sebagai seorang hamba.
Terlintas dihati ini untuk membuat sebuah blog dimana saya boleh berkongsi atau berdakwah membantu sedikit sebanyak kepada yang memerlukan dan untuk diri sendiri.Lumrah manusia,kita ini sering lalai dan alpa.Dan yang paling mustahak ini adalah perjuangan Rasulullah SAW.Seorang muslim bermakna dia seorang daie.Jadi ini merupakan salah satu tanggungjawab kita didunia ini.
Hamba dan hati seorang hamba.Pada hakikatnya kita seorang hamba,tetapi adakah hati kita ini melambangkan diri kita ini seorang hamba?Adakah seorang hamba bersifat angkuh kepada tuannya?Disini muncul lah perkataan ketaatan yang membezakan diantara hamba dengan Penciptanya.Disini muncul lah juga jurang darjat yang membezakan sesama kita disisi Allah SWT.
Secara logiknya kalau kita bekerja disebuah syarikat,adakah pekerja yang malas,kuat ponteng,tidak mengikut arahan yang akan mendapat ganjaran yang bagus?sudah tentu tidak.tetapi kita boleh memilih sama ada untuk menjadi yang terbaik atau sebaliknya.Jadi ianya serupa didalam konteks seorang hamba Allah SWT.Sebut tentang belum mendapat hidayah adakah Allah SWT tidak memberikan kita hidayah?atau kita sendiri yang tidak mahu menoleh pada hidayah itu?
Apa yang menjadi pengajaran buat saya ialah saya dulu lupa akan senjata hebat bagi orang Islam iaitu doa.kadangkala kita menganggap doa itu diutamakan untuk memperoleh rezeki yang murah.Tetapi kita tidak utamakan diberinya taufik dan hidayah.Kita tidak memohon untuk menjadi hambaNya yang taat.
Adakah Allah SWT menolak doa hambanya yang benar2 ingin pulang kejalan yang benar?Sedarlah sudah berapa banyak nikmat yang telah Allah SWT kurniakan kepada kita.Segalanya untuk kebaikan pada diri kita.
Berbicara tentang kebaikan,Allah SWT yang menciptakan kita Dia lebih tahu akan kebaikan untuk kita.Dia Maha Mengetahui segalanya.Tetapi kita ini seringkali alpa dengan perkara ini.Kita dihanyutkan dengan arus zaman moden yang menenggelamkan dari Quran dan As Sunnah.Tentang aurat kita ambil mudah sahaja.mudahnya kita cakap "tidak sampai seru.""belum ready lagi."Betapa jahilnya diri kita bila mengulang perkataan ini.Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu yang besar sekiranya ketaatan itu ada dalam diri kita.Ianya seumpama kita pertama kali menjejaki ke sekolah,sesiapa yang ingin bersekolah harus memakai uniform sekolah.Jadi kita seorang muslim haruslah mengikut ketetapan yang telah diperintahkan.
Kita hanya perlu memujuk hati kita untuk dekat pada Allah SWT.Kita tidak akan lalai sekiranya kita sering mengingatiNya dalam membuat sesuatu perkara.Allah SWT sentiasa berada disisi kita,tambah pula kepada yang mengingatiNya,Dia akan lebih dekat kepada kita.Pelajarilah Al-Quran dan As Sunnah,penyelamat bagi kita kelak di akhirat nanti.Senantiasa igtlah di akhirat nanti Rasulullah SAWmengenal umatnya yg disinari dengan bekas wudhu'.Jadi tunaikanlah kewajiban kita sebagai seorang muslim.Mudah mudahan selamat kita di akhirat kelak.semoga kita mendapat rahmat dari Allah SWT.Tanpa rahmatNya kemanalah kita nanti kalau tidak ke neraka jahannam.
Saya masih baru lagi dalam mengenali agama,dan akan terus belajar sehingga akhir hayat saya.Tanpa ilmu hanyutlah kita seumpama tiada benteng.Ada ilmu tetapi tidak beramal maka rugilah diri kita.Kembalilah pada agama.Jadikan ia sebagai subjek penting dalam hidup kita,bukanlah sekadar ala kadar sahaja.Ini berkenaan kepercayaan kita,berkenaan akidah kita.Akhir kata,hakikatnya kita seorang hamba didunia ini,jadi berperananlah sebagai hamba yang soleh.InsyaAllah.Wallahualam.
Subscribe to:
Comments (Atom)